• Berdagang dengan cerapan

    Berdagang dengan cerapan: Alatan pintar untuk dagangan lebih bijak

    image

    Perdagangan yang berjaya bukan tentang membuat tekaan β€” ia adalah tentang membuat keputusan yang termaklum. Itu bermakna menganalisis trend harga, mengikuti berita pasaran dan memahami peristiwa penting ekonomi. Tetapi anda tidak perlu melakukannya bersendirian!

    πŸ’‘ Doto memberikan anda alatan yang berkuasa dan mudah untuk digunakan. Berikut apa yang akan anda dapat:

    • Isyarat perdagangan
    • Analitis pasaran
    • Kemas kini berita
    • Kalendar ekonomi

    Mari terokai bagaimana alatan ini boleh memudahkan perdagangan anda!

  • Berdagang dengan cerapan

    Isyarat perdagangan: GPS pasaran anda

    Isyarat perdagangan membantu anda meramalkan pergerakan harga supaya anda tidak sekadar meneka "naik atau turun."

    πŸ’‘Dari mana datangnya isyarat Doto?

    Isyarat Doto dikuasakan oleh Trading Central, peneraju perkhidmatan analitis yang digunakan oleh lebih 100 juga pedagang di seluruh dunia. Mereka menggunakan:

    • Tahap sokongan dan rintangan. Zon harga utama di mana pasaran cenderung untuk melantun atau mengalami pembalikan
    • Penunjuk teknikal. Algoritma lanjutan yang menjejak pergerakan harga dalam masa nyata

    Apabila harga mendekati tahap sokongan atau rintangan, Trading Central meramalkan sama ada ia akan meningkat atau jatuh, menjana isyarat beli atau jual. Cerapan ini membantu pedagang membuat keputusan yang lebih baik, berpandukan data.

    ⚠️ Ingat bahawa: Isyarat adalah alat berguna, tetapi ia tidak dijamin 100%. Sentiasa semak semula sebelum membuat dagangan!

    image
  • Berdagang dengan cerapan

    Cara untuk berdagang dengan isyarat

    Ia sangat mudah. Hanya ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Pilih mana-mana instrumen dan tekan Insights
    2. Tekan Berdagang dengan isyarat
    3. Tekan Buka dagangan beli/jual menggunakan isyarat

    Serahkan selebihnya kepada Doto! Dagangan anda akan ditutup secara automatik apabila ia mencapai sasaran, dengan stop loss dan take profit ditetapkan secara automatik. Anda boleh melaraskannya jika perlu.

    image
  • Berdagang dengan cerapan

    Analitis: Lihat gambaran yang lebih besar

    Ingin membuat keputusan perdagangan anda sendiri tetapi memerlukan sedikit bimbingan? Analitis pasaran Doto memberikan anda:

    • πŸ“Š Sentimen pasaran. Lihat jika kebanyakan pedagang sedang membeli atau menjual
    • πŸ“‰ Analisis teknikal. Dapatkan cerapan trend harga jangka pendek, sederhana dan panjang.

    Untuk melihat analitis, pilih mana-mana instrumen, tekan Insights di sebelah namanya dan pergi ke tab Analitis.

    image
  • Berdagang dengan cerapan

    Suapan berita: Ikuti perkembangan terkini dalam masa nyata

    Berita pasaran boleh menyebabkan harga melonjak atau menjunam dalam beberapa saat. Dengan suapan berita masa nyata Doto, anda boleh menjejak:

    • Peristiwa kewangan utama
    • Berita utama yang mempengaruhi harga
    • Cerapan pakar tentang pasaran global

    Untuk sentiasa mengikuti perkembangan, pilih mana-mana instrumen, tekan Insights di sebelah namanya dan pergi ke tab Berita.

    πŸ’‘ Petua pro: Ramai pedagang pakar berdagang semasa acara berita besar. Kita akan membincangkan lebih lanjut mengenai strategi ini dalam pelajaran 8, jadi nantikannya!

    image
  • Berdagang dengan cerapan

    Kalendar ekonomi: Ketahui apa yang akan tiba

    Kalendar ekonomi adalah alat pilihan anda untuk menjejaki peristiwa yang menggerakkan pasaran seperti:

    • Keputusan kadar faedah
    • Laporan pekerjaan
    • Mesyuarat bank pusat

    πŸ“… Untuk mendapatkan kalendar ekonomi, pilih mana-mana instrumen, tekan Insights di sebelah namanya dan pergi ke tab Kalendar.

    πŸ’‘ Petua pakar: Semak Lihat tahap untuk melihat bagaimana acara yang serupa mempengaruhi harga pada masa lalu. Alat lanjutan ini sangat berguna terutamanya semasa pengumuman besar!

    image
  • Berdagang dengan cerapan

    Cara untuk membaca kalendar ekonomi

    Berikut adalah kunci untuk menggunakan kalendar: Bandingkan data sebenar dengan ramalan.

    πŸ”Ό Jika data sebenar lebih tinggi berbanding jangkaan, mata wang mungkin meningkat

    πŸ”½ Jika ia lebih rendah berbanding jangkaan, mata wang mungkin jatuh

    Tumpukan perhatian kepada peristiwa seperti inflasi, laporan pekerjaan dan keputusan bank pusat β€” ini mempunyai impak terbesar terhadap harga.

    image
  • Berdagang dengan cerapan

    Kuiz pantas: Uji pengetahuan anda

    Anda melihat siaran ekonomi penting pada kalendar, dan data sebenar disiarkan lebih tinggi berbanding unjuran. Apa yang paling mungkin akan berlaku?

  • Berdagang dengan cerapan

    Ringkasnya

    Usaha yang hebat! Anda telah mempelajari cara untuk:

    • Menggunakan isyarat perdagangan untuk mencari peluang dagangan
    • Menganlisis sentimen pasaran dan data teknikal
    • Mengikuti berita terkini dan acara ekonomi yang mempengaruhi harga
    • Membaca kalendar ekonomi untuk meramalkan pergerakan pasaran

    Seterusnya, kita akan membincangkan lebih banyak peralatan untuk membantu anda menguruskan risiko anda seperti pro Bersedia untuk ke tahap seterusnya? Mari teruskan!