• Menguruskan risiko

    Menguruskan risiko: Melindungi dagangan anda seperti pro

    image

    Pernah berhasrat agar anda boleh mengunci keuntungan anda sebelum pasaran bertukar? Atau hentikan kerugian apabila ia berlaku sebelum ia menjadi bertambah teruk? Sekarang anda boleh melakukannya!

    πŸ›‘οΈ Dengan stop loss (SL) dan take profit (TP), anda boleh memanfaatkan sepenuhnya dagangan anda sambil mengawasi risiko anda. Mari huraikannya!

  • Menguruskan risiko

    Stop loss: Mengehadkan kerugian anda

    Stop loss menutup dagangan anda secara automatik apabila harga mencapai had risiko anda, membantu anda mengelakkan kerugian besar. Ia seperti berkata, "Jika harga turun ke tahap ini, saya akan keluar sebelum ia menjadi lebih teruk."

    🟒Dagangan beli? Tetapkan SL di bawah harga semasa

    πŸ”΄ Dagangan jual? Tetapkan SL di atas harga semasa

    πŸ’° Contoh: Anda membeli Bitcoin pada $100,000 dan menetapkan SL pada $99,500. Jika harga jatuh kepada $99,500, dagangan anda ditutup secara automatik, mencegah kerugian selanjutnya. Tidak perlu memerhatikan skrin sepanjang hari!

    image
  • Menguruskan risiko

    Cara untuk menetapkan stop loss

    1. Pilih mana-mana instrumen yang anda suka
    2. Aktifkan stop loss (Doto mencadagangkan 5% SL, tetapi anda boleh melaraskannya)
    3. Buka dagangan mengikut arah trend
    4. Serahkan selebihnya kepada kami! Dagangan anda akan ditutup secara automatik

    Ada dagangan yang sudah dibuka? Anda boleh menambah atau melaras SL bila-bila masa anda mahu dalam tab Aras.

    imageimage
  • Menguruskan risiko

    Take profit: Kunci keuntungan anda

    Take profit menutup dagangan anda secara automatik apabila harga mencecah sasaran anda, yang mengunci keuntungan anda. Ia seperti berkata, β€œSaya telah menjana wang yang mencukupi β€” masa untuk mengeluarkannya!”

    🟒 Dagangan beli? Tetapkan TP di atas harga semasa

    πŸ”΄ Dagangan jual? Tetapkan TP di bawah harga semasa

    πŸ’° Contoh: Anda membeli emas pada $2,000 dan menetapkan TP pada $2,100. Jika harga mencecah $2,100, dagangan anda akan ditutup secara automatik dan anda akan mengekalkan keuntungan tanpa perlu memperhatikan pasaran sepanjang hari!

    image
  • Menguruskan risiko

    Cara untuk menetapkan take profit

    1. Pilih mana-mana instrumen yang anda suka
    2. Aktifkan take profit (Doto mencadangkan 10% TP, tetapi anda boleh melaraskannya)
    3. Buka dagangan mengikut arah trend
    4. Serahkan selebihnya kepada kami! Dagangan anda akan ditutup secara automatik

    πŸ“ˆ Ada dagangan yang sudah dibuka? Anda boleh menambah TP bila-bila masa yang anda mahu dengan pergi ke tab Aras dan mengemas kini tetapan dagangan anda.

    imageimage
  • Menguruskan risiko

    Petua ringkas untuk pengurusan risiko yang lebih bijak

    • Bersikap realistik. Jangan tetapkan SL atau TP terlalu dekat dengan harga buka dagangan anda, dan juga tidak terlalu jauh. Sasaran yang tidak realistik boleh mencetuskan terlalu pantas atau terlepas peluang untuk ditutup
    • Gunakan nisbah risiko-ganjaran. Strategi yang paling lazim ialah nisbah 1:3 (merisikokan $1 untuk potensi menghasilkan $3). Dengan cara ini, walaupun anda kerugian dalam beberapa dagangan, anda masih kekal memperoleh keuntungan secara keseluruhan
    • Kekal fleksibel. Jika pasaran bergerak menyebelahi anda, laraskan TP anda untuk mengunci lebih banyak keuntungan atatu ketatkan SL untuk melindungi keuntungan anda
    image
  • Menguruskan risiko

    Tutup separa: Lindungi keuntungan anda tanpa menutup semuanya

    Ingin mengambil sedikit keuntungan tetapi membiarkan baki dagangan terbuka? Itulah apa yang tutup separa lakukan!

    • Pergi ke Butiran dagangan
    • Pilih dagangan terbuka anda
    • Pilih berapa banyak yang anda ingin tutup
    • Tekan Tutup separa dagangan β€” dan biarkan selebihnya terus berjalan!

    πŸ” Dengan cara itu, anda mengunci keuntungan anda sambil masih meninggalkan ruang untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan.

    image
  • Menguruskan risiko

    Kuiz pantas: Uji pengetahuan anda

    Apakah strategi biasa dalam menetapkan stop loss dan juga take profit?

  • Menguruskan risiko

    Ringkasnya

    Usaha yang hebat! Anda telah mempelajari:

    • Cara stop loss dan take profit melindungi dagangan anda
    • Cara untuk menetapkan dan melaraskan SL dan TP
    • Cara untuk menggunakan tutup separa

    Anda menjadi pedagang yang lebih bijak! Seterusnya: cerapan utama tentang analisis teknikal. Mari teruskan!