-
Carta dan rangka masa
Membaca pasaran: Cara untuk memahami carta seperti pakar
Ke mana arah pergerakan harga โ naik, turun atau ke sisi? Inilah yang analisis teknikal bantu anda fahami! Dengan mengkaji carta, anda boleh meramalkan pergerakan harga akan datang berdasarkan data lampau.
Mengapakah ia penting? Pasaran cenderung untuk mengikuti corak. Jika anda belajar cara untuk mengenalpasti corak ini, anda akan mempunyai kelebihan besar dalam berdagang!
Mari mulakan dengan perkara asas: carta harga.
-
Carta dan rangka masa
Jenis-jenis carta: Pilih yang sesuai dengan anda
Carta perdagangan adalah seperti nadi pasaran โ ia menunjukkan bagaimana harga bergerak dari semasa ke semasa. Terdapat tiga jenis carta yang utama:
- Carta garisan. Mudah dan ringkas, carta ini menyambungkan harga penutupan untuk menunjukan trend keseluruhan. Sangat sesuai untuk gambaran keseluruhan pantas
- Carta bar. Menunjukkan harga buka, tutup, tinggi dan rendah dalam setiap bar. Bagus untuk mengenal pasti naik dan turun.
- Carta lilin. Yang paling popular! Setiap lilin menunjukkan pergerakan harga dengan warna โ hijau untuk naik dan merah untuk turun. Sesuai untuk mengenal pasti corak
Mari perhatikan lilin dengan lebih dekat kerana ia sangat penting dalam memahami pergerakan pasaran.
-
Carta dan rangka masa
Memahami lilin
Setiap lilin mewakili perubahan harga dalam rangka masa tertentu โ boleh jadi 1 minit, 1 jam atau sepanjang hari.
๐ข Lilin hijau:Harga menaik (ditutup lebih tinggi berbanding pembukaan)
๐ด Lilin merah: Harga menurun (ditutup lebih rendah berbanding pembukaan)
๐ฏ๏ธ Sumbu (garisan nipis di atas/bawah): Harga tertinggi dan terendah yang dicapai dalam rangka masa.
Apabila anda sudah selesa dengan lilin, anda boleh mula mengenal pasti corak yang berulang dari semasa ke semasa!
-
Carta dan rangka masa
Apa itu rangka masa?
Rangka masa membolehkan anda zum masuk atau keluar pada carta harga. Ia menunjukkan pergerakan harga sepanjang tempoh tertentu, dari minit hingga bulan.
๐ Ingin melihat perubahan harga yang kecil? Zum masuk ke rangka masa lebih pendek.
๐ Ingin mendapatkan gambaran lebih besar? Zum keluar untuk melihat trend yang lebih panjang.
Semuanya bergantung pada sejauh mana anda mahu mengikuti pasaran. Mari pilih yang paling sesuai untuk anda.
-
Carta dan rangka masa
Rangka masa mana yang patut dipilih
cari gaya yang sesuai untuk anda. Ini huraiannya:
- Dagangan jangka pendek (1, 5, 15, 30 min). Terbaik untuk pedagang aktif yang menyukai tindakan pantas dan membuka beberapa dagangan setiap hari
- Perdagangan jangka sederhana (1 jam, 4 jam, 1 hari). Bagus untuk pedagang yang berdagang beberapa kali sehari dan memegang dagangan lebih lama
- Perdagangan jangka panjang (1 minggu, 1 bulan). Sangat sesuai untuk mereka yang lebih suka strategi yang perlahan dan stabil, memegang dagangan selama beberapa hari atau minggu.
๐ Tip pro: Ramai pedagang menggabungkan beberapa rangka masa โ mereka menyemak rangka masa yang lebih panjang untuk mengenal pasti trend, kemudian menggunakan yang lebih pendek untuk memperhalusi titik kemasukan mereka!
Carta dan rangka masa
Pernah teringin untuk memiliki bebola kristal untuk perdagangan?
๐ฎ Berita baik: Anda sebenarnya memilikinya! Corak carta bertindak seperti panduan, membantu anda meramalkan pergerakan pasaran.
Corak carta adalah pembentukan pada carta harga yang mengulangi dirinya, menunjukkan arah pergerakan harga. Mengenal pasti corak ini memberikan anda kelebihan dengan dapat meramalkan perubahan harga dengan lebih tepat.
Mari terokai corak carta yang perlu diketahui oleh setiap pedagang.
Carta dan rangka masa
Kepala dan bahu
๐คBagaimana rupanya: Satu puncak tinggi ("kepala") dengan dua puncak lebih kecil ("bahu") pada mana-mana sisi.
Apakah maksudnya: Harga mungkin berhenti naik dan mula menurun, selalunya menandakan permulaan trend menurun.
Kepala dan bahu songsang
๐ค Bagaimana rupanya: Corak songsang kepala dan bahu, dengan lembah dalam ("kepala") dan dua lembah lebih tinggi ("bahu").
Apakah maksudnya: Harga mungkin berhenti jatuh dan mula menaik, biasanya menandakan permulaan aliran menaik.
Carta dan rangka masa
Double top
Bagaimana rupanya: Dua puncak yang menyerupai gunung berkembar membentuk huruf โMโ.
๐Apakah maksudnya: Selepas mencecah paras tertinggi dua kali, harga mungkin mula jatuh, biasanya menandakan potensi pergerakan menurun.
Double bottom
๐Bagaimana rupanya: Dua lembah yang membentuk huruf "W".
Apakah maksudnya: Setelah mencecah paras terendah dua kali, harga mungkin mula meningkat, mencadangkan harga mungkin bergerak naik.
Carta dan rangka masa
Segitiga menaik
๐บApa yang patut diperhatikan: Bentuk segitiga dengan bahagian atas mendatar dan bahagian bawah semakin meningkat.
Apakah maksudnya: Harga berpotensi untuk menembusi ke atas, meneruskan aliran menaik.
Segitiga menurun
๐ป Apa yang patut diperhatikan: Segi tiga dengan bahagian bawah mendatar dan bahagian atas semakin menurun.
Apakah maksudnya: Harga berpotensi untuk menembusi ke bawah, meneruskan aliran menurun.
Carta dan rangka masa
Kuiz pantas: Uji pengetahuan anda
Apa yang dimaksudkan dengan lilin merah?
Carta dan rangka masa
Ringkasnya
Tahniah! Berikut adalah apa yang anda telah pelajari:
- Tiga jenis carta yang utama (garisan, bar, lilin)
- Cara untuk membaca lilin dan mengenal pasti pergerakan pasaran
- Apakah itu rangka masa dan cara untuk memilih rangka masa yang betul
Dalam pelajaran seterusnya, kita akan mengupas lebih lanjut mengenai trend dan bagaimana anda boleh memanfaatkannya. Mari teruskan!